Bahagian perbendaharaan akan menyelia dan mengawal keseluruhan kewangan MDM, fungsi utama bahagian adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab menyedia anggaran belanjawan tahunan.
- Bertanggungjawab menerima dan memproses merekod kutipan hasil.
- Bertanggungjawab menyedia pesanan tempatan/inden kerja bagi permohonan perbelanjaan yang telah diluluskan.
- Bertanggungjawab membuat bayaran bagi semua perbelanjaan Majlis.
- Bertanggungjawab mengendali rekod-rekod harta modal dan inventori Majlis.
- Bertanggungjawab menjadi urus setia perolehan sebutharga dan tender Majlis.
- Bertanggungjawab menyedia penyata/laporan kewangan Majlis setiap tahun.
- Bertanggungjawab menyedia maklumat kewangan/akaun untuk teguran audit.
- Bertanggungjawab membuat pelaburan ke atas lebihan hasil Majlis.