MENU

Pada hari Isnin 25 Julai 2016, Majlis Daerah Marang(MDM) telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya bagi menghargai warga kerja MDM  yang berperanan menjayakan visi dan misi organisasi. Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak MDM dan pihak luar, khasnya pelanggan MDM.

Majlis ini dihadiri oleh Tuan Haji Shahidan Bin Embok, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang. Para pengunjung sekitar Bandar Marang meramaikan majlis dan menikmati juadah yang disediakan oleh kakitangan MDM.

 Majlis yang cukup meriah ini berakhir jam 2.00 petang. Diharap majlis sambutan sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang untuk mengeratkan lagi ukhwah antara warga kerja MDM dengan pihak luar. 

 

ydp

 

Ke Galeri Foto