MENU

INFO UNIT KEBERSIHAN

  • Pendahuluan

- Unit Kebersihan Majlis Daerah Marang bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan di kawasan majlis seperti kawasan Perbandaran, perumahan, jalan –   jalan utama dan juga memastikan kebersihan longkang sentiasa pada tahap yang terbaik. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memantau kerja – kerja kebersihan yang dijalankan oleh Kontraktor  yang telah di lantik bermula bulan Januari 2016.

  • Fungsi
  • Menyelia pengurusan kontrak kebersihan
  • Menguruskan Tapak Pelupusan Pepejal
  • Menangani masalah aduan kacau ganggu
  • Menguatkuasa peraturan dan undang – undang kecil sisa pepejal
  • Menguruskan kempen kebersihan
  • Menangani kejadian bencana alam
  • Menjalankan aktiviti kawalan vektor
  • Menjalankan Pemantauan Tandas Awam diseluruh kawasan operasi Daerah Marang
  • Definisi

Sampah - Bermaksud sebarang bahan atau benda yang dibuangkan di hadapan atau di belakang sebarang premis/ bangunan atau tempat – tempat awam, kawasan lapang,jalan atau di tepi – tepi  jalan/ bahu jalan termasuk sampah sarap domestik, sisa – sisa perdagangan / perniagaan, sisa – sisa binaan serta sampah kebun termasuk daun –daun, jejalar rambut, ranting dahan, batang – batang pokok dari taman atau tanah atau perkarangan sesuatu rumah/premis/bangunan dan termasuk juga daun –daun dan rumput rampai yang dipotong dan dimasukkan ke dalam tong sampah atau diletak disebelah tong sampah.

Pemungutan sampah - Bermaksud memungut, mengangkut dan membuang segala sampah sarap dari pusat – pusat tong sampah awam, tong – tong persendirian daripada rumah – rumah, kedai – kedai perniagaan, rumah – rumah pangsa, bengkel – bengkel/ perusahaan ringan, padang / taman permainan, pejabat – pejabat, sekolah/ institusi pengajian, pasar, pasar minggu, tempat – tempat awam atau apa – apa premis/ bangunan.

Pembersihan Longkang Dan Parit - Bermaksud pembersihan longkang, pembentung   (Culvert), takungan ( Sump ) secara mengorek dan   membuang segala pasir, lodak,seluk, batu, sampah sarap atau apa –apa barang didalamnya supaya dapat mempastikan air mengalir dengan baik dalam longkang tersebut dan termasuk mengandam rumput tepi longkang, memotong/ memendek rumput atau pokok – pokok renek yang tumbuh atau bergantungan di tepi/ tebing longkang.

Pemotongan Rumput - Bermaksud memotong kesemua jenis rumput –  rampai, lalang dan semak samun disepanjang bahu jalan dan tebing – tebing  jalan/longknag dalam rezab jalan, termasuk bulatan / pembahagi jalan, batas – batas/ tembok, tanah – tanah lapang, taman – taman/ padang – padang permainan dan lorong – lorong belakang atau mana – mana kawasan berkenaan. Kerja – kerja juga termasuk memotong rumput – rampai yang menjalar ditepi jalan / dan  dalam longkang dan memotong/ memendek/ merata bahu/tepi jalan dan menyapu/ membersihkan rumput – rampai/sampah sarap serta membuangnya ke tempat pembuangan sampah Majlis Daerah Marang.

Menyapu Jalan - Bermaksud menyapu, membersih dan mengangkat kesemua kekotoran dan sampah sarap di atas jalan awam, lorong – lorong, tempat – tempat awam dalam kawasan atau kawasan – kawasan berkenaan dan termasuk membuang rumput/semak samun, pasir disepanjang bebendul ( Kerb ) jalan, pembahagi jalan dan mengangkat benda – benda yang menghalang dalam longkang.

  • Akta yang diguna pakai

- Undang – Undang Kecil Pungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah ( MDM ) 1992.  

  •  Senarai Kontraktor kebersihan Tahun 2016

 

Kontrak Kutipan Sampah

Nama Kontraktor

Tempoh

Lokasi

K.A.D    

Bina Enterprise

 

3 Tahun

Bandar Marang, P.Kerengga

IA Maju Bina

3 Tahun

B,Payong, W.Tapai

 

Kontrak Pembersihan Awam

Nama Kontraktor

Tempoh

Lokasi

Zahra

Amani Resources

2 Tahun

Rhu Renggeh, B.Kor

Koperasi Pembangunan Marang

2 Tahun

B. Marang

Hamie Enterprise

2 Tahun

Sg Kerak, Gong Nangka

Kowibawa Sdn Bhd

2 Tahun

Seb Marang, Kelulut.

Azella Umairah Ent

2 Tahun

P.Kerengga, Kubu

Ammarzal Trading

2 Tahun

Merchang, Rhu Kubur

WBKP Three Ent

2 Tahun

Peng Berangan,Rawai, A limbat

RBJ Bersatu Ent

2 Tahun

Wakaf Tapai

Teratak Wali Ent

2 Tahun

B.Rendah,Pdg Mengkuang

Damai Permai Ent

2 Tahun

Bukit Payong

Arm Bina & Trading

2 Tahun

Bukit Payong

 

Kerja – kerja Perkhidmatan

  • Menyelia pengurusan kontrak kebersihan
  • Menguruskan tapak pelupusan pepejal
  • Menangani masalah aduan kacau ganggu
  • Menguatkuasa peraturan dan Undang–undang Kecil Sisa Pepejal
  • Menguruskan kempen kebersihan
  • Menangani kejadian bencana alam

 

  • Gambar Kerja – kerja Kontrak Kebersihan

 

1.jpg                    2.jpg

3.jpg                    4.jpg