MENU

BAHAGIAN PENGUATKUASA

  • Bahagian Penguatkuasa mempunyai keanggotaan seramai 21 orang.
  • Anggota Penguatkuasa 12 orang
  • Pembantu Tadbir Perkeranian (KOSONG) (Tiada Pengganti)
  • Pekerja Rendah Awam 6 orang (menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan)
  • 4 orang membantu kerja-kerja penguatkuasa
  • 2 orang membantu kerja-kerja pejabat

 

PEMANDU
1.         Razali bin Ibrahim
2.         Mohd Fadhil bin Aziz

BAHAGIAN PENGUATKUASA

Bagi menyesuaikan objektif dengan fungsi Majlis Daerah Marang secara keseluruhan, maka Bahagian Penguatkuasa juga mengadakan beberapa fungsi untuk dilaksanakan.

  1. FUNGSI
  2. Menguatkuasakan Undang-undang terhadap semua kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Majlis Daerah Marang.

  3. Mempastikan penguatkuasa mahir dalam Undang-undang yang berkaitan dengan tugas mereka.

  4. Mengawal dan mempastikan segala harta Majlis di dalam keadaan baik dan selamat.

  5. Memberi kesedaran kepada  masyarakat  Marang supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualiti hidup dan alam sekitar.

  6. Menjadikan Bandar Marang sebuah bandar yang bersih, indah dan tersusun melalui Penguatkuasaan Undang-undang.