MENU

sprm1.jpg

MAJLIS DAERAH MARANG, 13 Februari - SPRM Negeri Terengganu telah melancarkan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) secara serentak di tiga lokasi PBT iaitu Majlis Daerah Marang, Majlis Perbandaran Dungun dan Majlis Daerah Setiu. Kempen GEMPUR dengan slogan di peringkat Negeri Terengganu "Mung Wi, Bahang Berigak!", menjadikan Penjawat Awam bertugas di PBT di Bahagian Penguatkuasaan, Perlesenan dan Perolehan sebagai kumpulan sasar untuk disampaikan mesej iaitu Penjawat Awam perlu menolak rasuah dan melaporkan rasuah kepada SPRM untuk diambil tindakan terhadap Perasuah.

KPKPj Mohd Zaki b Hassan, Pengarah SPRM Terengganu bersama-sama pegawai-pegawai kanan telah turun padang ke Majlis Daerah Marang untuk bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Kanan Majlis Daerah Marang untuk menyampaikan objektif kempen GEMPUR. Dalam taklimat tersebut, KPKPj Mohd Zaki b Hassan berkata "Kempen GEMPUR ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada Penjawat Awam supaya menolak rasuah dan melaporkan rasuah, sekaligus meningkatkan imej bersih penjawat awam di PBT terutamanya Pegawai di Bahagian Penguatkuasa, Perlesenan dan Perolehan. Kempen GEMPUR ini juga dapat mendidik masyarakat umumnya supaya tidak menawarkan dan memberikan rasuah kepada Penjawat Awam, katanya lagi sebelum bertolak Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bank Rakyat Wilayah 6 Terengganu/Kelantan yang diadakan pada hari yang sama. Kempen GEMPUR ini juga dilancarkan serentak di seluruh negara dengan memfokuskan di PBT dengan slogan "Anda Beri, Kami Lapor".