MENU

kursus

Ahad, 19 Mac 2017 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Unit Latihan) Majlis Daerah Marang telah mengadakan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti Siri 1/2017. Kursus yang diadakan selama 1 hari ini telah dikendalikan oleh Pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan memfokuskan kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Objektif utama kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan mutu penulisan surat rasmi dan memo dari segi penggunaan bahasa dan juga membezakan surat dan memo yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.

Gambar seterusnya...