MENU

tabarru

19 Jun 2017, Isnin - Majlis Daerah Marang (MDM) telah mengadakan Program Tabarru, di mana sumbangan yng dikumpul daripada orang ramai telah diagihkan kepada golongan asnaf di Daerah Marang. Program Tabarru merupakan inspirasi daripada YAB Dato'Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Tuan Haji Rozali bin Salleh dengan diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian MDM kepada penerima mengikut kampung. Antara sumbangan yang telah disalurkan adalah barangan keperluan asas dan barangan terpakai yang masih boleh diguna pakai.

Program ini mendapat kerjasama daipada Pejabat UMNO di Daerah Marang ntuk melantik JKKK yang melibatkan 30 buah kampung bagi mencari tiga keluarga golongan asnaf di setiap kampung. Antara kampung yang terlibat ialah Kg. Paya, Kg. Seberang Marang, Kg. Alor Pak Bang, Kg. Baru Ru Muda, Kg. Bukit Gasing, Kg. Ru Muda, Kg. Gong Beris, Kg. Batu Merah, Kg. Kelulut, Kg. Baru Bukit Kecil, Kg. Tertak Batu, Kg. Kijing, Kg. Pulau Kerengga, RAKR Seberang Marang, Kg. Gong Nangka, Kg. Batangan, Kg. Kijing Pantai, Kg. Bukit Che Ali, Kg. Bukit Kemas, Kg. Kuala Tengah, RKR Sungai Kerak, Kg. Taman Rashidah/Medan Ru, Kg. Rusila, Kg. Medan Jaya, Kg. Rhu Rendang, Kg. Bukit Rhu Rendang, Kg. Sentol Patah, Kg. Sentol Patah, Kg. Sunagi Kerak 2, Taman Medan Jaya 1 dan Kg. Sungai Kerak.

Gambar Seterusnya..