MENU

Penyertaan Kumpulan VCLEAN Majlis Daerah Marang (MDM) dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 mencipta sejarah dengan pencapaian yang sangat membanggakan apabila menggondol lima anugerah iaitu Anugerah Emas (Johan KIK), Anugerah Lima Bintang, Anugerah Dokumentasi Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Piala Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan sekaligus dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pada Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2022 yang berlangsung pada 22 November 2022 bertempat di Wisma Darul Iman.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Faroq Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kumpulan KIK VCLEAN Majlis Daerah Marang

kik