Salam sejahtera, permohonan pekerja perkhidmatan penghantaran (runner) bagi kedai makan/restoran/ premis perniagaan akan dilanjutkan sehingga 30/4/2020 bersamaan 7 Ramadhan 1441.Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah :
1) Mestilah pekerja kedai makan/restoran/premis perniagaan yang berlesen dengan MDM.
2) Mempunyai lesen memandu yang sah.
3) ) Hanya kenderaan yang didaftarkan di dalam borang permohonan ini sahaja boleh digunakan untuk membuat perkhidmatan
4) Kerja-kerja penghantaran ini berkuatkuasa bagi bulan Ramadan 1441H sahaja.
5) Bayaran RM 30.00 untuk seorang runner akan dikenakan bagi permohonan yang diluluskan.
Borang permohonan:
borang_permohonan_pekerja_perkhidmatan_penghantaran_runner.docx
Permohonan ini hendaklah diserahkan di kaunter jabatan pelesenan, Majlis Daerah Marang bersama-sama:
1) (2) dua keping gambar berukuran pasport,
2) (1) salinan lesen perniagaan MDM,
3) (1) salinan lesen memandu pekerja penghantaran dan (1) salinan sijil pemilikan kenderaan