Berpegang Teguh Kepada Prinsip Akauntabiliti Dalam Menjalankan Tugas
Melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah ditetapkan kepadanya dengan memastikan ianya mencapai matlamat serta objektif yang diharapkan. Antaranya ialah:
-
Adil, Tepat Dan Konsisten Dalam Membuat Keputusan
Membuat keputusan adalah merupakan salah satu perkara penting dalam bidang pengurusan. Setiap keputusan yang dibuat hendaklah tegas, tepat, konsisten dan saksama, iaitu:
-
Berkemahiran dalam membuat keputusan.
-
Keputusan yang dibuat adalah telus dan adil. Membuat keputusan yang tepat dan tidak diragui.
-
-
Mematuhi Undang-undang Dan Peraturan Yang Ditetapkan
Bagi mengelakkan pelanggaran ke atas kelakuan yang dilarang, setiap warga MDM Terengganu mestilah:
-
Mengetahui dan memahami kehendak akta, undang-undang, peraturan-peraturan, pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan.
-
Sentiasa amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
-
Sentiasa berkelakuan yang boleh menampilkan imej dan reputasi perkhidmatan awam.
-
Menjauhi daripada mengambil kesempatan terhadap maklumat rasmi untuk kepentingan diri dan keluarga.
-
Menghindari penyalahgunaan kuasa.
-
3. Kebertanggungjawaban
Antara tindakan yang perlu diamalkan bagi meningkatkan akauntabiliti atau kebertanggungjawaban ialah:
-
Pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti atau kebertanggungjawaban bagi setiap tugas dan tanggungjawab.
-
Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit hendaklah dipertingkatkan keupayaannya.
-
Akauntabiliti di peringkat individu ditingkatkan melalui perubahan-perubahan diri dengan penerapan nilai-nilai murni.
Mengutamakan Kepentingan Pelanggan
Warga MDM Terengganu adalah dikehendaki mengutamakan kepentingan pelanggan dengan cara:
-
Memenuhi Kehendak Dan Kepuasan Pelanggan
Untuk memenuhi kehendak pelanggan kita perlulah:
-
Mempunyai sistem pengurusan yang fleksibel, inovatif dan kreatif.
-
Mempunyai perancangan strategik yang sistematik bagi mengenalpasti kehendak pelanggan dan menentukan jenis output yang harus dikeluarkan bagi memenuhi cita rasa pelanggan.
-
Melayan pelanggan dengan tutur kata manis, bersopan dan mesra.
-
-
Berusaha Meningkatkan Kemahiran
Warga MDM Terengganu perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan kompetensi selaras dengan perkembangan ICT, dan cabaran globalisasi dunia. Warga MDM Terengganu perlu melengkapkan diri menjadi mahir dan berpengetahuan dalam bidang Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.