Huraian Terperinci Kod Etika MDM Terengganu
Definisi Etika
Etika diperolehi daripada perkataan Greek ‘ethos' yang membawa maksud sifat (character), sikap dan adab yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ringkasnya, sarjana pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral (science of morals) dan prinsip-prinsip moral (moral principles). Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain mematuhi nilai-nilai moral.
Maksud Etika Kerja
Etika Kerja pula adalah berkaitan dengan amalan dan perbuatan beretika selaras dengan peraturan dan norma dalam sesebuah organisasi. Lazimnya ia merangkumi perbuatan serta perilaku yang dianggap baik untuk organisasi dan yang memberi makna kepada pekerja dalam urusan sehariannya. Etika Kerja juga berkaitan dengan sikap individu terhadap pekerjaan, di samping penglibatan, serta komitmen terhadap kerjanya.
Tujuan Kod Etika
Selaras dengan kehendak Y.A.B. Perdana Menteri melalui arahan Y.A.B. Perdana Menteri Pertama 1988 (Y.A.B. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj) ‘Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia'.
Tujuan utama arahan ini ialah supaya usaha-usaha pembanterasan rasuah dan penyelewengan kuasa dapat ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan teratur.
Untuk mengekal kepercayaan pelanggan, MDM Terengganu telah merangka Kod Etika MDM Terengganu disamping beberapa panduan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan seperti ‘Panduan Perkhidmatan Cemerlang', ‘Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam', ‘Tonggak Dua Belas' dan ‘Pelan Integriti Nasional (PIN)'.
Kod Etika MDM Terengganu menggariskan atau menggabungkan di antara nilai-nilai teras (core values) iaitu amanah, benar, ikhlas dan bersyukur dan nilai-nilai kembangan untuk dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga MDM Terengganu.
Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Sebagai Budaya Kerja
Penerapan, penghayatan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam budaya kerja dan pengurusan organisasi meliputi:
-
Disiplin
Sentiasa akur dan patuh kepada semua arahan, peraturan, pekeliling dan undang-undang. MDM Terengganu yang berdisiplin adalah:
-
Patuh dan taat kepada semua arahan, pekeliling, peraturan dan undang-undang.
-
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
-
Sentiasa menjaga maruah diri, organisasi dan Negara.
-
Kesanggupan dan kerelaan memperbaiki kelemahan diri.
-
-
Amanah
Amanah dalam pengertian nilai dan akhlak bermakna menunaikan tanggungjawab yang diberi dan melaksanakan dengan sempurna. Dalam erti kata lain, amanah bagi waga MDM Terengganu adalah:
-
Melaksanakan arahan atau tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang dapat melaksanakan tugas-tugasnya tanpa kepentingan diri sendiri.
-
Menggunakan waktu pejabat secara optimum.
-
Memastikan harta awam/kerajaan digunakan secara berhemah mengikut peraturan yang ditetapkan.
-
3. Berdedikasi
Berdedikasi bermaksud bakti seseorang dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Warga MDM Terengganu yang berdedikasi adalah:
- Sanggup melaksanakan kerja lebih masa.
-
Menyempurnakan tugas ke tahap yang terbaik.
-
Mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi.
-
Berusaha secara berterusan meningkatkan kebolehan dan memperbaiki kualiti hasil kerja.
4. Tekun
-
Tekun bermaksud bersungguh-sungguh dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan. Warga MDM Terengganu yang tekun adalah:
-
Komitmen terhadap tugas dan kerjayanya.
-
Berupaya memberi sepenuh penumpuan dalam menyempurnakan tugas
5.Toleransi dan Berbudi Bahasa
Semangat toleransi dan berbudi bahasa akan merapatkan rasa kekeluargaan di antara warga MDM Terengganu selaras dengan ciri-ciri berikut:
-
Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas.
-
Memberi layanan yang sewajarnya dengan manis dan bersopan.
-
Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan.
-
Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka.
6.Bekerjasama
Bekerjasama bermaksud saling tolong-menolong untuk kebaikan. Warga MDM Terengganu dikehendaki:
-
Menjalankan tugas yang diamanahkan berasaskan semangat berpasukan (teamwork).
-
Saling bantu membantu diantara satu sama lain.
-
Memupuk suasana harmoni.
-
Mengikis sikap keegoan dan mementingkan diri sendiri.
-
Bersama-sama berusaha untuk mencapai visi misi dan objektif MDM Terengganu.
7.Bersyukur dan Berterima Kasih
Sentiasa menunjukkan sikap bersyukur dan berterima kasih di atas segala nikmat seta kemudahan yang diperolehi dan diterima dengan cara:
-
Menunjukkan kepuasan dari nikmat yang diperolehi.
-
Kesungguhan menggandakan usaha dalam melaksanakan tugas.
-
Menjaga nama baik dana imej MDM Terengganu.
-
Membudayakan ucapan terima kasih.
-
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
8. Bersedia Menerima Teguran
Bersedia menerima teguran apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan. Setiap insan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. Warga MDM Terengganu hendaklah:
-
Bersedia dirinya dinilai dan diperiksa.
-
Bersedia memperbaiki kelemahan diri dan organisasi.
-
Bersedia menerima teguran dan kritikan membina.
-
Bersikap positif dan berfikiran terbuka apabila ditegur.
-
Berfikiran positif sekiranya dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling
9. Kesederhanaan
Kesederhanaan adalah sesuatu yang dilakukan tidak keterlaluan, sama ada daripada segi kelakuan, percakapan, pakaian atau tindak tanduknya. Sikap sederhana boleh dikaitkan dengan ciri-ciri berikut:
-
Menjauhi daripada memperbesarkan perkara yang remeh-temeh.
-
Disenangi oleh semua pihak.
-
Bersedia menerima cadangan walau daripada sesiapapun tanpa mengira pangkat.
10. Bertanggungjawab
Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas dan janji yang mesti dilaksanakan oleh seseorang individu. Warga MDM Terengganu yang bertanggungjawab mestilah:
-
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bijaksana, benar, telus dan adil.
-
Melaksanakan tugas mengikut peraturan dan tempoh masa yang ditetapkan.
-
Bersedia menjalankan tugas tanpa membebankan orang lain.
-
Rasa bersalah jika tugas yang diberikan kepadanya tidak disempurnakan mengikut apa yang telah ditetapkan