MENU

Mengamalkan Nilai Profesionalisme Dalam Perkhidmatan

      Menghayati dan mengamalkan nilai unggul profesionalisme meliputi:

  1. Cekap, Mahir dan Profesionalisme

    Bersikap profesionalisme bermakna setiap warga MDM Terengganu harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, kecekapan, kemahiran dan berkemampuan bagi menjalankan tugas serta tanggungjawab. Warga MDM Terengganu perlu:

    • Berkemampuan menyelesaikan masalah secara profesional.

    • Berusaha , meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

    • Bersedia menyahut cabaran semasa seperti globalisasi ekonomi, perkembangan ICT dan sebagainya.

    • Mempunyai sifat berdaya saing, knowledge workers, berkemahiran dan kompetensi.

  2. Komitmen Terhadap Tugas

    Warga MDM Terengganu haruslah menunjukkan sikap komitmen yang tinggi, penuh bertenaga, penuh perhatian serta keazaman yang tinggi terhadap tugas:

    • Mengutamakan tugas dan tanggungjawab supaya tidak bercanggah dengan kepentingan peribadi.

    • Menghargai masa dan melaksanakan tugas tanpa bertangguh.

    • Mementingkan kualiti dan produktiviti.

    • Komited terhadap tugas dan kerjaya.

    • Sebarang kerja dan tugas dilakukan dengan telus.

    • Menggunakan kuasa yang diberi dengan adil dan saksama.

    • Bersedia menerima apa-apa jua arahan bersangkutan dengan tugas.

    • Membuat tindakan susulan dan pemantauan.

     3. Kreatif dan Inovatif

  • Memahami kaedah dan teknik baru dalam menyelesaikan masalah.

  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi.

  • Sentiasa mencari idea-idea baru bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

  • Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai perkhidmatan yang cekap.

  • Kreatif adalah merupakan satu sifat yang membolehkan seseorang warga MDM Terengganu mencari jalan alternatif bagi mencapai matlamat dan tujuan berdasarkan kepada sumber-sumber sedia ada.

    Inovatif iaitu bersifat mengejar idea-idea baru dan daya cipta bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti. Warga MDM Terengganu perlu:

    4. Proaktif

Proaktif adalah sifat yang perlu dimiliki oleh setiap warga MDM Terengganu. Proaktif membawa maksud:

  • Berkemampuan untuk bertindak lebih awal dalam menangani sesuatu isu dan masalah.

  • Peka terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

  • Melakukan  tugas dan tanggungjawab tanpa memerlukan dorongan.

  • Menghasilkan output yang berkualiti dan produktiviti

    5. Motivasi

Motivasi bermaksud sentiasa ada di dalam dirinya aspek-aspek dorongan, galakan dan rangsangan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Antara ciri-ciri lain adalah:

  • Penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh.

  • Melaksanakan tugasnya dengan penuh yakin.

  • Bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan mencabar.

   6. Bangga Menjadi Warga MDM Terengganu

Sentiasa memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi demi mempertahankan imej dan kedaulatan Negara. Bangga menjadi warga MDM Terengganu dan sentiasa:

  • Menjaga imej MDM Terengganu.

  • Berpesonaliti ceria dan setia kawan dalam pergaulan.

  • Berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

   7. Berilmu dan Berusaha Menjadi Berkebolehan

Warga MDM Terengganu perlulah:

  • Memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.

  • Berpegang kepada prinsip ilmu pengetahuan merupakan kunci kejayaan kepada individu, organisasi, bangsa dan Negara.

  • Berusaha menimba ilmu dan kemahiran agar menjadi pakar.

Halaman : 1 2 3 4 5