- Lakaran visual papan iklan hendaklah berwarna dan bersaiz A4 serta berukuran dalam meter persegi.
- Saiz perkataan Bahasa Melayu hendaklah 30% lebih besar daripada nama syarikat dan lain-lain bahasa dan diutamakan dari segi kedudukan.
- Visual hendaklah memaparkan perkataan dengan ejaan dan penggunaan tatabahasa yang betul.
- Jika perniagaan bukan didaftarkan dalam Bahasa Melayu, ia tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, iklan tersebut hendaklah menyatakan aktvitinya dalam Bahasa Melayu.
- Pemohon boleh berhubung terus dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pengesahan penggunaan bahasa pada papan iklan : No. telefon : 03-21482139 / 03-21485905 No. Faks : 03 – 21412029
- Meletakkan no. rujukan lesen perniagaan di bahagian bawah sebelah kanan papan iklan.
- Tidak mempamerkan sebarang visual kurang sopan atau menyentuh sensiviti mana-mana kaum @ agama.