MENU

MURNINET ( Malaysian Urban Indicators Network) adalah satu aplikasi untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan.

MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia . Gerbang MURNInet disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Mampan dalam pembentukan, perolehan, pengolahan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar.

Gerbang MURNInet merupakan satu kemudahan infostruktur yang menyepadukan aplikasi, data dan prosedur bertujuan untuk membantu dalam perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia . Ianya menyediakan maklumat dan kemudahan atau aplikasi yang berupaya untuk menganalisis keadaan semasa, menyediakan tren yang berguna untuk memantau perubahan yang berlaku secara temporal dan memberi gambaran senario-senario pembangunan bandar-bandar Malaysia dan pencapaian tahap kemampanannya.

Gerbang ini menyediakan pelbagai modul secara bersepadu untuk membantu pelbagai pihak terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dalam membuat pengumpulan data, pengukuran, penganalisaan dan pengujian serta membuat keputusan di peringkat perancangan Bandar.

Sebelas sektor perancangan akan diukur iaitu:

  • Demografi
  • Perumahan
  • Ekonomi Bandar
  • Utiliti & Infrastruktur
  • Kemudahan Masyarakat & Rekreasi
  • Alam Sekitar
  • Sosiologi & Impak Sosial
  • Guna Tanah
  • Reka Bentuk & Warisan
  • Pengangkutan & Aksessibiliti
  • Pengurusan & Kewangan

 

Halaman 1 2