Majlis Daerah Marang Dimeterai Kerjasama Pengurusan Tempat Letak Kereta bersama First City Parking Sdn. Bhd. dan Pelancaran Aplikasi Marang Digital

Pada hari Jumaat, 20 Jun 2025, Majlis Daerah Marang (MDM) telah mengadakan satu Sesi Kunjungan Hormat serta Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Tempat Letak Kereta bersama Syarikat First City Parking Sdn. Bhd. yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Delegasi MDM telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, bersama Tuan Setiausaha, Encik Mohd Yusof bin Salleh, ahli-ahli majlis, serta pegawai-pegawai kanan MDM. Sesi kunjungan hormat ini merupakan usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan pengurusan parkir profesional dalam memastikan sistem pengurusan tempat letak kereta yang lebih efisien dan moden di daerah Marang.

Majlis menandatangani perjanjian rasmi ini melibatkan Majlis Daerah Marang dan Syarikat First City Parking Sdn. Bhd., di mana MDM telah diwakili oleh Yang Dipertua, Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood dan Setiausaha, Encik Mohd Yusof bin Salleh, manakala pihak First City Parking telah diwakili oleh Encik Halmi bin Jasmin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta Encik Sopian Piai, Pengarah Operasi. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh beberapa tetamu kenamaan, antaranya Yang Berhormat Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YBrs. Encik Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah Marang, serta Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, yang dalam masa sama turut melancarkan aplikasi Marang Digital, sebuah platform berasaskan dalam talian yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran tempat letak kereta secara digital di kawasan Majlis Daerah Marang.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah ahli-ahli Majlis MDM, ketua-ketua jabatan MDM, serta kakitangan daripada Syarikat First City Parking Sdn. Bhd.

Majlis ini menandakan satu langkah penting ke arah pendigitalan sistem pengurusan tempat letak kereta, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi teknologi dan kolaborasi strategik.

508460751 742363465141602 3416942306722965749 n

493928433 742779928433289 649230166822153987 n

505879324 742779528433329 244526314582656603 n

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001271743
  • Latest Update : Wednesday 25 June 2025.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 Marang District Council.