Sesi Kunjungan Hormat dan Penyerahan Penyata Kewangan 2024 Majlis Daerah Marang kepada Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu

Pada hari Rabu, 28 Mei 2025, telah berlangsung satu Sesi Kunjungan Hormat oleh delegasi Majlis Daerah Marang (MDM) ke Jabatan Audit Negara, Negeri Terengganu. Lawatan rasmi ini turut merangkumi penyerahan Penyata Kewangan MDM bagi tahun berakhir 2024 kepada pihak Jabatan Audit.

Delegasi daripada MDM telah diketuai oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Marang, yang mewakili pihak pengurusan tertinggi majlis. Dalam sesi tersebut, penyata kewangan rasmi telah diserahkan kepada Timbalan Pengarah Audit Negeri Terengganu, YBrs. Encik Abdul Aziz bin Daud, sebagai memenuhi tanggungjawab pematuhan kepada keperluan audit serta selaras dengan amalan tadbir urus kewangan yang berintegriti.

Sesi ini bukan sahaja menjadi medium penyampaian dokumen kewangan tahunan, tetapi juga berfungsi sebagai platform interaksi rasmi antara pihak berkuasa tempatan dan jabatan audit bagi memperkukuh ketelusan, akauntabiliti, serta keberkesanan pengurusan kewangan awam di peringkat daerah.

audit

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001271746
  • Latest Update : Wednesday 25 June 2025.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 Marang District Council.