smart

MAJLIS PELANCARAN 'TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY'

9/10/2024 (Rabu) - Tahniah diucapkan kepada PLANMalaysia Terengganu telah menyiapkan dokumen Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu 2040 (Smart Terengganu 2040) dan tiga (3) lagi dokumen bandar pintar PBT Negeri Terengganu iaitu Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Bandaraya Warisan Pesisir Pantai 2030, Pelan Tindakan Bandar Pintar Dungun 2030 dan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Marang 2030.
Bermula pada 9 Oktober 2024, Pelaksanaan Bandar Pintar Negeri Terengganu telah diaktifkan melalui majlis pelancaran 'Terengganu Smart City Activation Day' di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Pada majlis ini Yang Dipertua MDM, Yang Berusaha Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif telah menyerahkan buku pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Marang 2030 kepada Yang Berhormat Dato’.
Terima kasih juga kepada Unit Satelit Smart City Zon Timur (USSCZT) yang telah memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri Terengganu dan ketiga-tiga PBT tersebut menyelaras, menyediakan serta menyiapkan dokumen bandar pintar tersebut serta membolehkan menyertai permohonan penarafan bandar pintar tahap 'Early Adopter'.
Program ini juga dihadiri oleh peserta daripada PBT seluruh Semenanjung Malaysia, Jabatan/ agensi teknikal, serta pemain - pemain industri bandar pintar yang telah dijemput khas untuk memberi taklimat dan perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan bandar pintar di Malaysia.
kesihatan

ANUGERAH PBT CEMERLANG KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KPKT TAHUN 2024

8/10/2024 (Selasa) - Tahniah Majlis Daerah Marang antara 156 PBT telah dipilih sebagai penerima Anugerah PBT Cemerlang Kempen Membasmi Infestasi Tikus Sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat KPKT Tahun 2024 di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor . Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif telah hadir untuk menerima Anugerah tersebut.
Penerima Anugerah kategori tersebut sepertimana berikut :
Tempat Pertama :
*MAJLIS BANDARAYA IPOH*
Tempat Kedua :
*MAJLIS DAERAH MARANG*
Tempat Ketiga :
*MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG*
emas

ANUGERAH PRIHATIN WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

5/10/2024 (Sabtu) - Tahniah Majlis Daerah Marang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Prihatin Warga Emas Sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan A, Putrajaya International Convention Center. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif telah hadir untuk menerima Anugerah tersebut.
Antara senarai penerima Anugerah tersebut mengikut kategori :
1- Kategori Majlis Bandaraya :
*Majlis Bandaraya Pulau Pinang*
2- Kategori Majlis Perbandaran:
*Majlis Perbandaran Selayang*
3- Kategori Majlis Daerah:
*Majlis Daerah Marang*

emas

 

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDIT PENYATA KEWANANGAN MAJLIS DAERAH MARANG

31 Julai 2024 (Rabu) - Mesyuarat Penutup Mengenai Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Daerah Marang.

PIC6

ribut

LAWATAN KE PULAU KEKABU, MARANG BAGI MENINJAU KESAN KEROSAKAN AKIBAT BENCANA RIBUT

19 JULAI 2024 (JUMAAT) : Yang Dipertua MDM, Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif telah mengiringi Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar serta isteri YABhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abdul Rahman sempena lawatan ke Pulau Kekabu, Marang bagi meninjau kesan kerosakan akibat bencana ribut yang telah melanda beberapa kawasan di sekitar Marang. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah beberapa batang pokok telah tumbang serta terdapat beberapa unit kanopi peniaga telah rosak akibat dipukul ribut.
 
Pada hari yang sama juga YAB Menteri Besar turut mengambil kesempatan menziarah mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan rumah kediaman akibat bencana ini di sekitar Kampung Seberang Marang.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Terengganu yang juga merupakan ADUN Rhu Rendang atas keprihatinan melawat kawasan-kawasan serta mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana ribut kuat pada kali ini.
 
Turut hadir ke lawatan ini adalah Pegawai Daerah Marang, YBrs. Encik Zulkifly bin Isa, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ts. Mohd Razman bin Setapa, wakil-wakil daripada Pejabat DUN serta wakil-wakil jabatan di Marang.
 
 pic15

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001284502
  • Latest Update : Wednesday 24 September 2025.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 Marang District Council.