Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Marang (MDM) akan melaksanakan kerja-kerja penyediaan Senarai Nilaian Baharu di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di dalam kawasan Majlis Daerah Marang.
Tempoh pelaksanaan:
1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027
Sehubungan dengan itu semua pemilik hartanah dipohon memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan proses pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa.
