Pengangkutan

Image

Pengangkutan Bas Ekspres

Antara perkhidmatan bas ekspres yang terdapat di Daerah Marang ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan banyak lagi. Hentian bas ekspres ini terletak di Bandar Marang iaitu di Jalan Marang-Kuantan untuk memudahkan pengguna yang ingin pergi ke Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Kuantan menggunakan perkhidmatan ini.

Pengangkutan Awam Lain

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Marang ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang. Antara bas lompat yang terdapat di Daerah Marang ialah Bas SP Bumi, Bas Rhu Muda dan Bas Himda.

Bas SP Bumi dan Bas Himda akan membawa penumpang dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu melalui Jalan Marang-Kuala Terengganu. Perjalanan dari Marang ke Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 45 minit. Manakala Bas Rhu Muda pula membawa penumpang dari Kampung Rhu Muda ke Kuala Terengganu juga melalui yang sama. Tambang yang dikenakan kepada penumpang dari Marang ke Kuala Terengganu adalah RM 1.50.

Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Marang ke Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan sejauh 18 km dan 72 km ke Bandar Dungun ataupun mengikut kehendak penumpang.

Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.

Maraliner

Maraliner

Hentian Bas MPKT,
Jalan Masjid Abidin,
Kuala Terengganu.
Hotline : 09-622209

Transnasional Coach Services

Transnasional Coach Services

GF B97, Hentian Bas MPKT,
Jalan Masjid Abidin,
Kuala Terengganu
Hotline : 09 6238384

Sani Express

Sani Express

HENTIAN BARU MPKT,
Kuala Terengganu
Hotline : 03- 2697 9797

S.P. Bumi Ekspres

S.P. Bumi Ekspres

HENTIAN BARU MPKT,
Kuala Terengganu
Hotline : 09-6237789

Kereta Sewa / Teksi

Kereta Sewa / Teksi

Persatuan Pemandu, Pemilik Kereta Sewa Daerah Kuala Terengganu/Marang,
Perhentian Kereta Sewa,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu.
Hotline : 09-6265150

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001230980
  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 April 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY