Khidmat Pengurusan
- Bahagian Penguatkuasaan
- Bahagian Perundangan
- Bahagian Teknologi Maklumat
- Bahagian Pengurusan / Sumber Manusia
BAHAGIAN PENGUATKUASA
- Bahagian Penguatkuasa mempunyai keanggotaan seramai 21 orang.
- Anggota Penguatkuasa 12 orang
- Pembantu Tadbir Perkeranian (KOSONG) (Tiada Pengganti)
- Pekerja Rendah Awam 6 orang (menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan)
- 4 orang membantu kerja-kerja penguatkuasa
- 2 orang membantu kerja-kerja pejabat
PEMANDU
- Razali bin Ibrahim
- Mohd Fadhil bin Aziz
Bagi menyesuaikan objektif dengan fungsi Majlis Daerah Marang secara keseluruhan, maka Bahagian Penguatkuasa juga mengadakan beberapa fungsi untuk dilaksanakan.
FUNGSI
- Menguatkuasakan Undang-undang terhadap semua kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Majlis Daerah Marang.
- Mempastikan penguatkuasa mahir dalam Undang-undang yang berkaitan dengan tugas mereka.
- Mengawal dan mempastikan segala harta Majlis di dalam keadaan baik dan selamat.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat Marang supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualiti hidup dan alam sekitar.
- Menjadikan Bandar Marang sebuah bandar yang bersih, indah dan tersusun melalui Penguatkuasaan Undang-undang.
OBJEKTIF
- Memastikan semua tindakan yang sedang dan akan diambil oleh Majlis Daerah Marang tidak bertentangan dengan undang-undang;
- Menyemak dan/atau menyediakan dokumen perjanjian dan memberi nasihat mengenainya serta melindungi kepentingan Majlis Daerah Marang;
- Menyediakan undang-undang dan peraturan yang secukupnya untuk kegunaan Majlis Daerah Marang;
- Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis Daerah Marang dari masa ke semasa;
- Memberi nasihat dan penerangan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Marang mengenai perkara yang ada hubungkait dengan undang-undang yang diterimapakai;
- Mengurangkan tawaran kompaun;dan
- Memfailkan kes-kes saman ke mahkamah.
FUNGSI
- Menyemak dan/atau menyediakan dokumen perjanjian dan memberi nasihat mengenainya.
- Menyediakan Undang-undang dan peraturan yang secukupnya untuk kegunaan MDM.
- Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang diterima pakai oleh MDM dari masa ke semasa.
- Memberi nasihat dan penerangan kepada pegawai dan kakitangan MDM mengenai perkara yang ada hubungkait dengan undang-undang yang diterima pakai.
FUNGSI
- Merancang halatuju ICT MDM
- Merangka dan menjayakan program-program ICT
- Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan perkakasan ICT
- Merangka serta membangunkan sistem ICT mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa
- Menguruskan pusat penyimpanan data digital ke server
FUNGSI
- Mengurus, menyedia serta mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan, data, personel, persaraan, cuti dan sebagainya yang berkaitan dengan perjawatan;
- Mengurus dan menyediakan penggunaan kad perakam waktu dan i-pejabat
- Mengurus urusan pencen kakitangan Majlis Daerah Marang.
- Mengurus dan menyelia pengurusan tatatetib.
Perbendaharaan
FUNGSI
Bahagian perbendaharaan akan menyelia dan mengawal keseluruhan kewangan MDM, fungsi utama bahagian adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab menyedia anggaran belanjawan tahunan.
- Bertanggungjawab menerima dan memproses merekod kutipan hasil.
- Bertanggungjawab menyedia pesanan tempatan/inden kerja bagi permohonan perbelanjaan yang telah diluluskan.
- Bertanggungjawab membuat bayaran bagi semua perbelanjaan Majlis.
- Bertanggungjawab mengendali rekod-rekod harta modal dan inventori Majlis.
- Bertanggungjawab menjadi urus setia perolehan sebutharga dan tender Majlis.
- Bertanggungjawab menyedia penyata/laporan kewangan Majlis setiap tahun.
- Bertanggungjawab menyedia maklumat kewangan/akaun untuk teguran audit.
- Bertanggungjawab membuat pelaburan ke atas lebihan hasil Majlis.
Penilaian Dan Pengurusan Harta
FUNGSI
- Mengurus harta-harta Majlis bagi sewaan bangunan, gerai dan pasar
- Membuat pemantauan tunggakan sewaan
- Merekod tanah - tanah milik Majlis sebagai aset tetap Majlis
FUNGSI
- Menyediakan Senarai bangunan(rumah) bagi semua harta yang terletak di kawasan Majlis bagi tujuan Cukai Taksiran Am.
- Menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan-Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan Majlis bagi maksud Caruman Membantu Kadar.
- Menyediakan Kadar Peratus Cukai Taksiran setiap tahun bagi semua kawasan kadaran dan memanjangkan ke Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan.
- Menyedia, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar atau tidak layak didiami untuk dibatalkan dari Senarai Nilaian dan didalam kes rumah kosong untuk diberi rebat cukai taksiran atau remisi.
- Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi tuntutan cukai taksiran dan tunggakan Cukai Taksiran(CTA).
- Bertanggungjawab mendaftar maklumat terkini pegangan bercukai melalui Semakan di Pelbagai Agensi yang berkaitan dan mengemaskini di dalam sistem berkomputer.
- Mengemaskini rekod-rekod aras nilaian semasa atau ’tone of the list’ melalui Penilaian Semula yang dilakukan setiap lima (5) tahun jika mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
Kejuruteraan
FUNGSI
Mekanikal
- Menyelenggara kenderaan milik Majlis Daerah Marang secara berkala
- Menyediakan laporan kerosakan dan menyenaraikan keperluan alat ganti kenderaan
- Mencatat dan mengemaskini penggunaan minyak kenderaan
Elektrikal
- Menerima dan menyiasat permohonan lampu awam di Daerah Marang.
- Menyiasat aduan awam berkaitan lampu awam dan bangunan milik Majlis Daerah Marang
FUNGSI
- Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan
- Pelan Bangunan Satu ( 1 ) Unit
- Pelan Bangunan Dua ( 2 ) Unit
- Pelan Bangunan Sementara
- Pindaan dan Pengubahsuaian
- Kelulusan Pelan-Pelan bangunan bagi permit sementara
- Proses pemgembalian wang amanah
- Penguatkuasaan ke atas bangunan tanpa kelulusan
- Pemantauan ke atas bangunan yang diluluskan
- Menyiasat segala aduan berkaitan
FUNGSI
- Merancang Projek-Projek Pembangunan Baru Dalam Kawasan MDM
- Bangunan
- Jalan
- Longkang
- Projek keindahan dan pelancongan
- Merancang Projek-Projek Penyelenggaraan Dalam Kawasan MDM
- Bangunan
- Jalan
- Longkang
- Memohon Peruntukan Pembangunan Dengan Persekutuan Dan Negeri
- Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Dalam Kawasan MDM.
- Kerja-kerja penyiasatan dan ukur
- Penyediaan pelan-pelan projek pembangunan
- Penyediaan dokumen Tender dan Sebutharga
- Proses mengeluarkan dokumen Tender dan Sebuharga
- Proses keputusan Tender dan Sebutharga
- Mengeluarkan arahan dan perlaksanaan kerja
- Pengawasan dan penyeliaan projek
- Pemprosesan bayaan.
Perkhidmatan Perbandaran
FUNGSI
- Menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam
- Menguruskan tapak pelupusan sisa pepejal
- Menangani aduan gangguan awam mengenai sisa pepejal dan pembersihan awam.
- Menguatkuasakan undang-undang mengenai pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam
- Menguruskan Kempen Kebersihan
FUNGSI
- Menjalankan aktiviti pembasmian jentik – jentik dan nyamuk dewasa
- Menjalankan kempen pencegahan Denggi
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan bagi kawalan vector
FUNGSI
- Menguatkuasakan undang-undang mengenai pelesenan premis dan iklan.
- Memproses permohonan lesen baharu, pembaharuan lesen dan permit hiburan
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
- Menangani aduan gangguan dari premis berlesen.
- Menyediakan sistem rekod lesen