MENU
  1. Berapa lamakah tempoh masa perkhidmatan aduan awam akan diambil tindakan

      • Perkhidmatan aduan awam akan diambil tindakan dalam tempoh (7 hari bekerja)
  2. Bilakah Pembayaran yang dilakukan kepada pembekal / kontraktor yang memohon
      • Pembayaran kepada pembekal/kontraktor  dalam masa 1 hari (jika dokumen lengkap)
  3. Berapa lamakah permohonan sewa premis yang baru diproses
      • Permohonan sewa premis baru diproses dalam tempoh 1 bulan
  4. Apakah syarat Kelulusan permohonan pelan-pelan pembangunan?
      • Pelan bangunan rumah kediaman sesebuah 21 hari bekerja
      • Pelan bangunan rumah kediaman 2 unit dan ke atas 2 bulan
  5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapat kelulusan permohonan lesen-lesen perniagaan dan iklan
      • lesen premis perniagaan/komposit (40 hari bekerja)
      • Lesen iklan (3 hari bekerja)
      • Lesen penjaja (5 hari bekerja)
      • Permit kain rentang / banting (30 minit)
      • Permit hiburan/karnival jualan (5 hari bekerja)
  6. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan pembayaran kompaun?
      • Penyelesaian bayaran kompaun mengambil masa dalam 20 minit
  7. Apakah itu Cukai Taksiran AM / Cukai Pintu ?
      • Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :

          • Rumah Kediaman
          • Harta Perniagaan dan Perusahaan (Kedai,Kilang,Hotel dsb) yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Marang (MDM)
  8. Bagaimana ianya dibayar?
      • Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu dibayar 2 kali setahun iaitu :-

          • ½ tahun pertama – 1hb.Januari hingga 28hb.Februari
          • ½ tahun kedua – 1hb.Julai hingga 31hb.Ogos bagi tiap-tiap tahun.
  9. Apakah yang akan terjadi kepada anda sekiranya tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?
      • Mengikut akta 171, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :

          • Bagi tunggakan kurang dari RM200.00 denda dikenakan sebanyak RM2.00. Bagi tunggakan lebih dari RM 200.00 denda dikenakan sebanyak 1%.
          • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis.
          • Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MDM merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan, atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10% juga akan dikenakan.